Rabu, 11 Disember 2013

Berkongsi lebih seronok.

MEJA BATU ON THE AIR
(MBOTA).


Tiada kena mengena dengan aktiviti yang besar,hanyalah rekaan penulis sahaja sekadar menambah keseronokan.
Meja Batu,boleh dikatakan semua rakan HAM yang berhampiran tahu akan lokasi ia.Menjadi tempat rakan HAM Kulim berkumpul sama ada sekadar berbual kosong atau bermesyuarat.Lorong 1 Taman Selasih Fasa 3 merupaka lokasi terletaknya Meja Batu berada dihadapan kediaman 9W2CRR-Pak Shad (Ishad).
Beberapa minggu kebelakangan,penulis telah mengikuti satu aktiviti DX bersama beberapa orang rakan.DX dijalankan di jaluran 10 meter (28MHz-29.7MHz).

10 meter wire dipole

rig
Dengan berbekalkan radio yang biasa dan antenna dipole yang digantung pada ketinggian 20kaki dan kuasa pancaran 25Watt,rakan2 telah berjaya menghubungi rakan HAM dari negara2 Eropah.

9W2WP dan 9W2YRR sedang mencari frekuensi yang digunakan.

9W2CRR sedang berlatih menggunakan Kekunci Lurus CW.

Aktiviti hanya dijalankan pada hari Ahad,disebabkan hari2 lain penulis dan rakakn2 lain berkerja,kecuali 9W2CRR.


Pada hari Ahad berikutnya,9W2FLV bawa antenna dipole mudah alihnya untuk dicuba,hanya berjaya meghubungi rakan dari Jepun,dapat mendengar rakan dari Eropah sahaja.


Aktiviti ini akan dijalakan secara berterusan,diharapkan aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan2 HAM Kulim.

73's.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan