Isnin, 13 Februari 2017

Outreach

HARI TERBUKA PPD K-BB.

Kulim,13 Februari 2017,Isnin.
Komuniti kami telah diberi tugasan untuk menjalankan satu pameran yang berkaitan radio amatur di majlis tersebut.Majlis berlangsung selama dua hari,bermula pada 12 Februari 2017,Ahad dan tamat pada hari ini.


Foto 12 Februari.


Rakan-rakan setempat meluangkan masa untuk membantu dan menyokong aktiviti yang dijalankan,selain itu terdapat juga rakan dari luar Kulim seperti rakan dari Komuniti ASTRA Pulau Pinang dan juga Penang DX Club serta presiden ASTRA dan pengurus ASTRA daerah Kulim juga turut hadir memberi sokongan.








Foto 13 Februari.


Tugasan kami adalah memberi serba sedikit tentang hobi radio amatur dan promosi ASTRA kepada yang singgah melawat.Ramai yang berminat dengan hobi yang unik ini,ada yang bertanyakan langkah-langkah itu memiliki tanda panggilan dan untuk menduduki peperiksaan.
Selain itu pendedahan kepada guru tentang aktiviti yang melibatkan radio dari segi pendidikan seperti acara jambori di udara yang dijalankan secara kerjasama dengan Pengakap Daerah Kulim iaitu Pengakap Kelana Kulim Alpha - Phoenics.







Harapan kami agar acara ini satu jalan untuk kami memperkenalkan hobi ini kepada pihak pendidik bahawa ilmu juga ada dalam hobi radio amatur.


73 de Komuniti Radio Amatur Kulim.

Ahad, 18 Oktober 2015

JOTA JOTI KE-58
16-18 OKTOBER 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB
KULIM,MALAYSIA.










 Sekali lagi tahun ini Komuniti ASTRA Kulim diberi kepercayaan oleh pihak Pengakap Daerah Kulim untuk memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan program tahunan Jamboree Di Udara (JOTA) dan Jamboree Di Internet (JOTI).

Perancangan untuk program yang dijalankan telah dilakukan pada 8 Oktober 2015 :







Pada 16 Oktober 2015,persiapan stesen untuk JOTA di jalankan :







17 Oktober 2015 :








Taniah kepada semua rakan komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan program untuk tahun ini.Diharapkan kejayaan tahun ini dapat ditingkatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

SALAM PENGAKAP
73.

Selasa, 2 Jun 2015

ARF DiREx 2015


ASEAN Regional Forum Disaster Responde Excercise 2015.

Timah Tasoh,Perlis,25 hingga 27 Mei 2015.

Lima orang wakil dari Komuniti Radio Amatur Kulim telah di hantar untuk menyertai tugas sebagai sukarelawan komunikasi sokongan,
  • 9W2WP
  • 9W2DGW
  • 9W2FLV
  • 9W2HPH
  • 9W2SFX
Kami diberi penginapan di IKM Beseri bersama rakan-rakan radio lain yang juga turut hadir pada latihan tersebut.

ARF DiREx merupakan acara dwi-tahunan yang diatur kepada 10 buah negara ASEAN.Tahun ini latihan dijalankan di Malaysia dengan kerjasama negara China dan disertai oleh beberapa negara yang lain.Pelbagai aset setiap negara di bawa untuk menjalankan latihan.

Raja Muda Perlis bersama Raja Perlis telah berkenan berangkat merasmikan ARF DiREx 2015.

Berikut gambar yang dapat disediakan.









Lawatan Raja Muda Perlis.

Rabu, 28 Januari 2015

MTB

JAMBOREE KULIM HITECH.


25 Januari 2015,Ahad.
  Komuniti ASTRA Kulim telah dijemput sebagai anggota sokongan komunikasi untuk acara anjuran pihak berkuasa tempatan Taman HITECH Kulim,seramai 25 orang ahli komuniti menyertai tanggungjawab sosial tersebut.
  Skop tugasan anggota pula dibahagikan kepada 15 titik semak,bermula dengan ASTRA 1 hingga ASTRA 15,ahli yang selebihnya ditugaskan sebagai anggota sokongan sekiranya setiap titik semak mempunyai masalah dan juga bertugas di bit pangkalan memantau serta menyampaikan maklumat kepada unit-unit yang lain.
  Tahniah kepada setiap ahli yang menganggotai tugasan kerana komitmen yang telah diberikan sehingga tamat acara yang djalankan.Ucapan terima kasih kepada ahli yang tidak dapat hadir kerana menyokong tugasan ahli yang terlibat dengan melapangkan frekuensi V46 - 145.575 Mhz sehingga selesai acara.


Gambar persiapan :
Penentuan titik semak.
23 Januari 2015.





Penetapan bit pangkalan dan tinjauan titik semak.
24 Januari 2015.











Hari acara.
25 Januari 2015.









Laporan unit media Komuniti Radio Amatur Kulim.
88 dan 73.