Khamis, 13 Mac 2014

Saudara

MH 370
BOEING 777-200


Aircraft information

Mode S - 75008F
Registration - 9M-MRO
Type code - B772
Type - Boeing 777-2H6ER
S/N - 28420
Airline - Malaysia Airlines
'Dari Dia kita datang ,kepada Dia jugalah kita pulang'.

Negara kita,Malaysia dikejutkan dengan insiden kehilangan sebuah pesawat milik MAS,yang kini kerja mencari dan menyelamat masih giat dilakukan.Usaha tersebut mendapat sokongan daripada negara-negara jiran dan negara sahabat.

Dengan musibah menimpa diharapkan tidak ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan andaian yang tidak munasabah yang dapat memberi kekeliruan kepada ahli keluarga penumbang pesawat tersebut dan masyarakat.Sama-samalah kita bersatu hati berdoa agar keselamatan penumpang juga krew pesawat MH 370 dalam keadaan selamat..

Sebagai tanda perpaduan dan persaudaraan.HAM Kulim bersama Persatuan Penduduk Islam Taman Selasih Fasa 3 telah bersepakat mengadakan majlis solat hajat,memohon agar segala usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan serta berdoa agar para penumpang dan krew dalam keadaan selamat.Majlis diadakan di ;
Surau Taman Selasih Fasa 3,
Khamis 13 Mac 2014 bersamaan 12 Jamadil Awal 1435.





Majlis bermula selepas solat fardhu Magrib,dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang diketuai Sdr Ardy (Imam),9W2JZS-Cikgu Zakaria (Pengerusi PAMI) dan SWAL-ZAL - Cikgu Rizal.

Taklimat Solat Taubat Dan Hajat.






Selesai menunaikan Fardhu Isya',Solat sunat Taubat dilakukan,supaya segala doa dipermudahkan dan diterima.

Solat Hajat dilakukan,diimamkan 9W2JZS-Cikgu Zakaria.Peluang tidak dilepaskan begitu sahaja,jemaah muslimat juga turut mengimarahkan majlis.


Penulis mewakili rakan-rakan HAM Kulim dan Persatuan Penduduk Islam Taman Selasih Fasa 3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis yang telah diadakan.

Sekian,


Pengarah Fotografi  : 9W2CRR - Encik Ishad
Jurufoto 1                : 9W2FLV - Sdr Zainal
Jurufoto 2                : 9W2SFX - Sdr Syafiq


Rujukan :
www.flightradar24.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan