Isnin, 13 Februari 2017

Outreach

HARI TERBUKA PPD K-BB.

Kulim,13 Februari 2017,Isnin.
Komuniti kami telah diberi tugasan untuk menjalankan satu pameran yang berkaitan radio amatur di majlis tersebut.Majlis berlangsung selama dua hari,bermula pada 12 Februari 2017,Ahad dan tamat pada hari ini.


Foto 12 Februari.


Rakan-rakan setempat meluangkan masa untuk membantu dan menyokong aktiviti yang dijalankan,selain itu terdapat juga rakan dari luar Kulim seperti rakan dari Komuniti ASTRA Pulau Pinang dan juga Penang DX Club serta presiden ASTRA dan pengurus ASTRA daerah Kulim juga turut hadir memberi sokongan.








Foto 13 Februari.


Tugasan kami adalah memberi serba sedikit tentang hobi radio amatur dan promosi ASTRA kepada yang singgah melawat.Ramai yang berminat dengan hobi yang unik ini,ada yang bertanyakan langkah-langkah itu memiliki tanda panggilan dan untuk menduduki peperiksaan.
Selain itu pendedahan kepada guru tentang aktiviti yang melibatkan radio dari segi pendidikan seperti acara jambori di udara yang dijalankan secara kerjasama dengan Pengakap Daerah Kulim iaitu Pengakap Kelana Kulim Alpha - Phoenics.







Harapan kami agar acara ini satu jalan untuk kami memperkenalkan hobi ini kepada pihak pendidik bahawa ilmu juga ada dalam hobi radio amatur.


73 de Komuniti Radio Amatur Kulim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan